Wednesday, March 23, 2011

Garlic Bread

Hoyeah! Salam.

Ni la salah satu resepi kegemaran aku, yang aku dah amalkan sejak tahun lepas. Tak ingt la amek kat siapa, tapi dekat myresepi la. Memang recommend sgt2. And senang gila.

Ingredients:

Butter/Margerine
Garlic dengan kulit2 skali

1. Panaskan oven 350F @ 180C.
2. Masukkan garlic dalam oven dengan kulit dy skali for about 10-15 minutes.
3. Keluarkan garlic, picit garlic from kulit dy. Masa ni, garlic korg mesti dah lembut didalam. Kalau belum lagi, masuk balik dlm oven.
4. Gaul garlic yg dah dipicit tu dgn butter.
5. Boleh sapiu atas roti dan masuk dalam toaster oven (or oven je) smpai roti tu keperangan sikit. (aku slalu guna white bread biasa tu je, aritu beli french bread, makan ngn french bread plak.Dua2 sedap.)


Senangkan? Korang agak2 je kuantiti garlic dgn butter tu okay. Macam aku, aku suka makan garlic. So aku suka banyak. Tapi bg yang tak suka, letak sikit2 je dulu. Garlic spread ni boleh simpan dalam fridge lama la jugak. Tapi aku kurang sure lama mana. Yang aku ada sekarang ni dah nak dekat sebulan kot dlm fridge.

Okay, selamat mencuba. Resepi ni senang je, so aku recommend korang try sikit, okay!

AmeeraFatin=)

No comments: