Saturday, March 12, 2011

Keledek Goreng + Sambal Kicap

Hye! Salam.

Hari tu masa blogwalking ke blog Abg Mat Gebu, tiba2 terlihat satu post yang menarik nafsu makan untuk makan. "Minum Petang Gaya Orang Johor". Aku baca tajuk je dah terus terbayang goreng pisang cecah sambal kicap. Gullpp! Tu adalah one of my favorite food. Kalau kat rumah, orang lain tak sebok pun kalau tak de sambal kicap. Tapi kalau aku ade, aku akan sebok. Mula la tumbuk2 cili nak buat sambal kicap. Pastu mcm biasa la, aku la paling banyak makan. Pape makanan pun aku paling banyak makan. Hahaha.

So siang tadi after bangun tido, terus lah saya menggoreng keledek dan membuat sambal kicap. Tak de lesung batu, so aku potong2 jela halus2. Biasa la orang bujang. Resepi ni aku blaja from ibu masa kat rumah dulu.

Ingredients:

Keledek (sweet potato) - potong membulat, ketebalan 0.8-1 cm. Ikut citarasa masing2.
Tepung - agak2 dengan kuantiti keledek
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Minyak

1. Panaskan minyak dalam kuali. Sementara menunggu minyak panas, boleh la bancuh tepung.
2. Campurkan tepung, SEDIKIT serbuk kunyit, dan secubit garam dengan air. Jangan cair sangat. Kepekatan macam nak buat cekodok/jemput-jemput.
3. Bila minyak dah panas, ambil 2-3 sudu minyak panas tu, campur dgn bancuhan tepung.
4. Kemudian salut keledek dengan bancuhan tepung, goreng sampai garing.

Sambal:

4 cili padi
1 garlic kecil
Sedikit bawang merah (aku tak letak tadi)
Kicap

1. Potong halus2 cili padi dah bawang putih.
2. Masuk dalam mangkuk kecil, campur dengan kicap.
3. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Kalau manis sangat, campur sikit kicap masin. Kalau okay, jangan campur kicap masin. Pandai2 la nak adjust.

Okay siap!



Ouh lihatlah betapa menyelerakan sungguh sambal kicap tu (Padahal hitam macam biasa je. Mengarut je Ameera Fatin ni kan? Haha). Makan panas2, rangup2 dengan ahli keluarga di hadapan tv ni sangat la best. Ouh rindu nak minum petang kat rumah. 3 months to go.

Okay, nak cakap sekali lagi. Kalau korang tgk kat atas blog ni, ade page My Music. Kat situ aku share music2 yang aku suka. Kalau korang interested, boleh la tgk2 ye. =)

Okay la, tgh mencari idea nak bake kek ape malam ni. Or maybe roti. Not sure yet. We'll see. Bubbye semua!

AmeeraFatin=)