Sunday, December 2, 2012

Zucchini Risotto

Assalamualaikum! Hye!

Okay lama sangat tak update ni. Betul2 busy sangat sekarang ni. Keluar rumah pagi, balik rumah malam, pastu keluar balik buat keje, balik pagi buta. Tak pernah imagine yang boleh jadi busy sampai macam tu skali. Kita ni jenis yang boleh adjust my time, even busy macam mana, tak kacau la masa rehat, masa with friends and family. Tapi for the past couple of weeks, susah sikit la.

Tapi walaubagaimanapun, hehe, hari ni free sikit sebab report dah hantar, lagi satu dah hampir siap, and tinggal 2 presentations and maybe 1 lagi final exam. Doakan kita ye. 

Okay la resepi hari ni datang from Italy, it is a risotto. Apa tu risotto? Risotto tu macam bubur nasi tapi dia tumis bawang before tu dan air dia kasi kurang lagi dari bubur nasi. My Italian friend yang ajar macam mana nak masak ni. Sepatutnya ada beras Risotto tapi kitorg guna long grain rice je, beras putih biasa tu. My friend cakap yang dia pun guna beras biasa kat Italy. Tapi yang kita tau, ade special rice dia. Tak kisah la, guna jela beras apa yang korang ada, asalkan jangan beras pulut sudah.

Lepas tu kita guna zucchini. Boleh guna seafood, artichoke dan macam2 lagi. Google la eh. Hehe

Ingredients:

1 cup beras
1/2 shallot - Hiris halus
1 garlic - Cincang
Garam
Black pepper
Zucchini - Hiris 0.3cm

Parmesan/Cream cheese

1: Tumis bawang putih dan merah.
2. Masukkan Zucchini. Masak sampai dia separuh masak.
3. Masukkan beras dan tuang air sampai tutup semua beras. Biar api kuat. Biar sampai air mendidih.
4. Bila air dah mendidih, baut api sederhana. Lepas tu tambah air dan kacau sampai nasi masak. Kalau air kering, tambah lagi. Dan jangan lupa kacau. Masukkan garam dan black pepper untuk perasa.
5. Lepas 20-30 minit nasi akan masak. Kalau macam banyak sangat air, biar api sederhana sampai air dia kering.
6. Masukkan parmesan 1 sudu atau cream cheese 1-2 sudu, ikut cita rasa masing2. 


Dah siap! Senang je kan? Rasa sedap... 

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)